Membuat Kesan Tipografi Jahitan | artspiration shop
 

Membuat Kesan Tipografi Jahitan


Masa: 10-15 minit
Medium: Adobe Illustrator CS5
Tahap Kesukaran: Beginner
1. Buat dokumen baru dengan resolusi saiz mengikut kesukaan anda. Gunakan 'Type tool' (T) dan taip satu perkataan (teks). Untuk tutorial ini saya sarankan penggunaan font yang 'heavy'.

2. Pilih teks tadi dan buang warna pada 'fill' dan 'stroke' sedia ada pada bahagian 'control menu bar'. Perkara ini adalah asas yang selalu digunakan apabila mahu menukar penampilan teks untuk memanipulasi 'fill' dan 'stroke' pada 'Appearance Panel'.


3. Buka 'Appearance Panel' (Menu Bar: Window>Appearence), pilih 'New Fill'. Secara automatik, teks tadi akan berwarna hitam.



4. Klik kotak 'Fill' untuk menukar warna teks. Untuk tutorial kali ini, warna hijau dipilih. Klik kotak 'Stroke' dan pilih warna kuning.



5. Dengan teks masih aktif dan 'Stroke' masih dipilih, gerakkan cursor ke 'Menu Bar: Effect> Path> Offset Path'. Pilih kotak 'Preview' untuk melihat perubahan yang berlaku ke atas teks. 

Masukkan nilai '-3' atau nilai yang lain untuk mendapatkan penampilan stroke teks seperti yang ditunjukkan dalam gambar. Klik 'Ok' jika berpuas hati dengan hasil yang diperolehi.

6. Pada 'Appearence Panel', klik pada perkataan 'stroke' dan 'Stroke Panel' akan terpapar. Pilih 'Dashed Line' dan lihat perubahan pada teks. 

Saiz 'Dash' boleh dilaraskan dengan mengisi nilai dalam kotak 'dash'. Manakala jarak antara dash boleh dilaraskan dengan mengisi nilai pada kotak gap.

Maka terhasilah efek tipografi kesan jahitan! Selamat mencuba!

4 comments:

  1. Wah! Menarik skali. Buat lagi bnayk tutorial ya!

    ReplyDelete
  2. Terima kasih! Perkongsian yang menarik!

    ReplyDelete
  3. terima kasih untuk tutorial ini :)

    ReplyDelete
  4. Terima kasih, singgahlah selalu!

    ReplyDelete

 

Networkedblogs feeds

Labels

Beginner (1) Biru (1) Doodle (4) Hijau (3) Hitam (1) Illustrator (1) Kad kahwin (10) Merah Jambu (3) Oren (1) Pattern (1) Pink (2) Purple (2) Seamless Pattern (1) Single (2) Square (2) Tipografi (1) Tutorial (1)

Followers