FAQ / Upah Saya! | artspiration shop
 

FAQ / Upah Saya!


Jumlah Projek Desain Minggu ini = 5 Projek
Projek Adhoc = TUTUP

SOALAN LAZIM DAN JAWAPAN YANG SELALU DITANYA (FAQ)
(klik pada soalan untuk melihat atau menyembunyikan jawapan)



Apakah perkhidmatan yang ditawarkan?

  • Reka desain berikut (untuk satu variasi) berharga RM 70
    1. Poster A4/ A3
    2. Grafik Pin Button/ Badge
    3. Grafik T-shirt
    4. Cover E-Book
    5. Kad perniagaan
    6. FB Cover
    7. Bunting
    8. Kad Kahwin (sebelah/ dua belah pihak)
    9. Banner (10ft x 4ft)
    10. Doodle Kartun - RM 70
  • Untuk semua 'Desain Adhoc' caj tambahan RM 90
  • FB Fan Page - RM 150
  • Logo/ Jenama - RM 150
  • Lain-lain desain grafik
  • P/S Caj tambahan akan dikenakan mengikut kesesuaian. Sila baca FAQ ini
    dengan lengkap untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Berapakah harga (upah/ caj) perkhidmatan yang ditawarkan?

Untuk mendapatkan sebut harga, sila hubungi kami dengan mengisi borang ini.
Kami akan menghantar senarai sebut harga mengikut kehendak anda melalui emel.
  • Harga mungkin berbeza-beza mengikut jenis desain yang anda perlukan.
  • Harga perkhidmatan yang dipaparkan seperti di atas adalah harga asas perkhidmatan kami untuk anda membuat bajet perbelanjaan.
  • Projek anda akan dimulakan setelah kami menerima bayaran deposit/ penuh.

Bilakah masa terbaik untuk anda dihubungi?

Pertamanya kami memohon maaf sekiranya ada email yang lambat dibalas. Perkara ini berlaku kerana beberapa faktor iaitu:
  • Hujung minggu (Sabtu & Ahad)
  • Cuti umum (Hari Raya, Tahun Baru Cina dsb)
  • Luar kawasan
  • Bilangan projek desain yang banyak
  • Sebab-sebab lain
Hubungi kami pada waktu bekerja hari Isnin hingga Jumaat. Kami jarang sekali membuka dan membalas email pada hujung minggu dan cuti umum.

Jika anda perlukan tindakan segera hubungi kami melalui sms dengan nombor telefon yang dinyatakan pada soalan terakhir dihujung FAQ ini.

Kerjasama dan tindakkan anda amat kami hargai, dan kami dahului dengan ucapan terima kasih.

Bagaimanakah proses kerja anda?

Proses kerja kami adalah fleksibel dan sangat bergantung kepada persetujuan bersama.
  1. Untuk memulakan perbincangan, sila isi borang seperti yang terdapat pada laman ini. Medium perbincangan yang akan digunakan adalah seperti email, pm fb dan/ atau sms.
  2. Beritahu kami tentang keperluan anda dan kemudian kita boleh bersetuju dengan terma perkhidmatan.
  3. Pelanggan menghantar bayaran pendahuluan sebanyak 50% atau penuh.
  4. Projek dimulakan. Mengumpul maklumat > Membuat Kajian > Desain (Perlu 2-4 hari; bergantung kepada jenis dan kerumitan desain)
  5. Menghantar cadangan desain
  6. Anda maklumkan perubahan dan penambahan jika perlu (1-3 hari; bergantung kepada jenis dan kerumitan desain)
  7. Bayaran akhir.
  8. Menghantar fail akhir.

Nota Penting:

Anda tidak akan menerima fail akhir desain anda sekiranya :
  1. Baki pembayaran tidak dibuat.
  2. Tidak menyatakan persetujuan atau meluluskan projek desain yang telah disiapkan sekiranya telah membuat pembayaran penuh.

Berapakah tempoh masa yang diperlukan untuk menyiapkan satu projek desain anda?

Kami hanya akan memulakan projek desain setelah menerima bayaran deposit/ penuh daripada anda. Jadual mula melaksanakan projek anda akan kami maklumkan setelah mengambil kira projek desain sedia ada.

Setelah pembayaran dibuat, biasanya proses siap kami mengambil masa 3 hingga 7 hari (tidak termasuk Sabtu, Ahad dan cuti umum). Namun setiap projek adalah unik. Masa siap akan bergantung kepada kerumitan kerja, bajet pelanggan, bilangan projek desain kami, kualiti dan masa yang diambil oleh anda memberi respon kepada kami, dan bilangan semakan/ perubahan.

Jika anda ingin kepastian, kami sangat mengesyorkan anda untuk menghubungi kami beberapa minggu sebelum tarikh akhir projek anda. Biasanya kami TIDAK menerima tempahan kurang daripada tiga hingga lima hari dari tarikh akhir projek anda (bergantung kepada jenis dan kerumitan projek desain anda). Kami amat mementingkan kualiti desain dan kepercayaan pelanggan.

Sekiranya terdapat kekangan dalam menyiapkan projek desain anda, kami akan memaklumkan kepada anda secepat mungkin.

Adakah perkhidmatan Adhoc ditawarkan?

Ya! Kami turut menyediakan 'Perkhidmatan Adhoc' atau perkhidmatan siap dalam tempoh masa yang cepat. Caj yang dikenakan adalah lebih tinggi daripada caj kebiasaan. Projek adhoc akan menjadi keutamaan kami untuk disiapkan berbanding projek desain yang lain.

Walaubagaimana pun, kami perlu pastikan terlebih dahulu bilangan projek desain sedia ada, kerumitan projek desain yang dipohon oleh pelanggan dan jumlah masa yang diperlukan untuk siap sebelum menerima projek adhoc.

Kami akan memaparkan pada laman ini jika kami bersedia menerima projek adhoc.

Setiap projek adhoc yang kami terima, CAJ TAMBAHAN sebanyak RM 90 akan dikenakan.

Berapa kalikah perubahan/ penambahbaikkan yang boleh diminta?

Perubahan atau penambahan yang diminta hanya berlaku dua hingga empat kali sahaja. Apabila kami memulakan projek, kami akan maklumkan kepada anda berapa kali penambahbaikkan boleh dilakukan kepada desain anda.

Contoh penambahan dan perubahan atau penambahbaikkan yang dimaksudkan adalah:
  1. Gambar (warna, saiz atau efek)
  2. Elemen Desain atau vektor (warna, saiz atau efek)
  3. Warna asas projek desain
  4. Saiz projek (cth: dari A4 kepada A3)
  5. Jenis font yang digunakan
  6. dan sebagainya.
Sekiranya, cadangan desain telah dipersetujui, perubahan/ penambahan telah berlaku banyak kali atau anda menukar konsep asal daripada persetujuan asal, kami akan merunding semula bajet.

Perubahan-perubahan yang mungkin akan dikecualikan selepas desain diluluskan adalah perubahan kecil seperti perubahan ayat, perubahan dan penambahan terhadap maklumat pada desain seperti kesalahan ejaan, tertinggal maklumat, huruf besar atau kecil.

Perubahan yang diminta bermakna masa juga ditambah (bukan dalam lingkungan awal masa yang dipersetujui di awal projek).

Adakah perlu membuat pembayaran dahulu?

Ya! Anda perlu membuat pembayaran terlebih dahulu. Projek desain anda tidak akan bermula sehingga pembayaran 50% (Deposit) atau penuh diterima secara tunai.

Perlu diingatkan, sila buat pembayaran hanya selepas kami bersetuju untuk menerima projek desain anda. Pada masa-masa tertentu, tempahan projek desain akan ditutup dan ia akan dimaklumkan pada laman ini.

Deposit (50% daripada jumlah bayaran) tidak akan dikembalikan jika projek dibatalkan oleh pihak anda.

Apakah akan terjadi jika saya lambat memberi maklumbalas untuk kerja yang telah siap?

Jika projek desain anda sedang dilaksanakan, masa siap projek anda akan bertambah. Kami akan memberikan peringatan kepada anda. Seandainya, peringatan kami tidak mendapat respon, anda akan dikenakan caj tambahan.

Kerja yang telah siap dengan tiada maklumbalas daripada pelanggan dalam satu masa yang telah ditetapkan tanpa sebarang sebab akan dikenakan caj tambahan. Ini bagi memastikan kelancaran urusan antara kami dengan anda dan juga para pelanggan kami yang lain.

Bagaimanakah boleh saya membuat tempahan desain?

Sila gunakan borang yang disediakan di bawah. kami akan menghubungi anda melalui emel atau sms.

Format design yang akan saya dapat?

Anda akan menerima sama ada JPG atau PNG dan PDF.

Caj tambahan dikenakan untuk fail vektor seperti PSD, AI atau EPS bergantung kepada kehendak anda.

Hubungi kami jika anda memerlukan sebarang bantuan untuk menentukan format sesuai yang terbaik untuk projek anda.

Hak Cipta (Copyright)?

Hakcipta kerja akhir adalah milik anda setelah kami menerima bayaran penuh.

KECUALI

Jika desain yang digunakan adalah daripada blog ini atau daripada senarai desain siap sedia kami, hakcipta desain tersebut adalah hakcipta kami.

Anda TIDAK BOLEH dalam semua bentuk, menerbit semula sama ada dalam bentuk cetakan atau digital untuk tujuan komersial/ bukan komersial kecuali yang dibenarkan mengikut perjanjian asal yang dipersetujui bersama.

Non-Disclosure Agreement?

Kami menyimpan hak untuk memaparkan hasil kerja dan reka bentuk dalam  portfolio kerja desain, blog atau profil sosial dalam usaha untuk mempromosikan hasl kerja kami. Kami tidak akan sewenangnya menyerahkan desain anda kepada sesiapa pun.

Jika anda memerlukan “Non-Disclosure Agreement”  yang ditandatangani oleh kami, sila maklumkan untuk membincangkan perkara tersebut. Caj akan dikenakan untuk perkara ini.

Apakah kaedah pembayaran yang digunakan?

Kami hanya menerima pembayaran tunai melalui Maybank, CIMB dan Paypal.

Adakah diskaun harga atau percuma diberikan?

Harga yang tertera pada sebut harga dan invois yang kami keluarkan adalah tetap. InsyaAllah dari masa ke semasa, kami mungkin akan menwarkan tawaran harga istimewa atau kupon diskaun!

Jika bajet anda adalah ketat tetapi munasabah, anda boleh menghubungi kami untuk perbincangan harga.

Apakah kriteria tempahan yang ditolak?

Kami sama sekali akan menolak tempahan yang melibatkan:
  1. Arak, alkohol dan yang berkaitan.
  2. Penggunaan gambar lelaki dan perempuan yang tidak menutup aurat.
  3. Mempromosi perkara-perkara yang boleh membangkit kontroversi seperti isu agama, perkauman dan sentimen individu.
  4. Umumnya, Ia mestilah tidak bercanggah dengan Al-Quran dan As-Sunnah.

Adakah peluang untuk kita bekerjasama?

Semestinya! Sila hubungi kami dan sertakan bersama makumat lengkap projek desain tersebut.

Emel :
asrarqulub at gmail dot com
facebook:
fb.com/AsrarqulubArts
Telefon :
Kosong Satu Tiga Lapan Enam Lapan Enam Enam Kosong Tiga
(sms sahaja, nombor tidak dikenali tidak akan dilayan)


Sebelum anda mengemukakan soalan, sila semak dan fahami soalan lazim dan jawapan yang terdapat di atas.


0 comments:

Post a Comment

 

Networkedblogs feeds

Labels

Beginner (1) Biru (1) Doodle (4) Hijau (3) Hitam (1) Illustrator (1) Kad kahwin (10) Merah Jambu (3) Oren (1) Pattern (1) Pink (2) Purple (2) Seamless Pattern (1) Single (2) Square (2) Tipografi (1) Tutorial (1)

Followers